Thursday, March 17, 2011

Adakah kita benar-benar sayangkan Rasulullah?

Kita seringkali menggunakan hujah nabi, menyatakan kita ini Islam dan sayangkan nabi, melafaz syahadah yang mana mengakui KEesaan Tuhan dan Muhammad sebagai nabi. Tetapi apakah benar kita menyayangi nabi untuk agama Allah? Apakah benar rasa sayng itu? Sedangkan nabi benar-benar sayangkan umatnya. Dengarkanlah nukilan saya yang tidak seberapa ini. Dari nabi SAW
(Khutbah ini disampaikan oleh Rasulullah SAW pada 9 Dzulhijjah 10 H
di lembah Uranah, Arafah)
Buat peringatan kita semua...

Ya, saudara-saudaraku, perhatikan apa yang akan aku sampaikan, aku tidak tahu apakah tahun depan aku masih berada di antara kalian. Dengan itu dengarkan baik-baik apa yang kukatakan dan sampaikan ini kepada mereka yang tidak
dapat hadir pada waktu ini.

Ya, saudara-saudaraku, seperti kita ketahui, bulan ini, hari ini dan kota ini adalah suci, oleh itu pandanglah kehidupan dan milik setiap orang Muslim sebagai kepercayaan yang suci.

Kembalikan barang-barang yang diamanah kepadamu kepada pemilik yang sebenarnya. Jangan kau lukai orang lain sebagaimana orang lain tidak melukaimu

Ingatlah bahwa kamu akan bertemu dengan Allah SWT dan Dia akan memperhitungkan amalanmu dengan sebenar-benarnya. Allah SWT telah melarang mu memungut riba, oleh itu mula dari sekarang ini dan untuk seterusnya kewajiban membayar riba dihapuskan.
Waspadalah terhadap syaitan, demi keselamatan Agamamu. Dia telah kehilangan semua harapannya untuk membawa kalian pada kesesatan yang nyata, tapi waspadalah agar tidak terjebak pada tipuan halusnya.

Ya, saudara-saudaraku, adalah benar kamu mempunyai hak tertentu terhadap isteri-isterimu, tapi mereka juga mempunyai hak atas dirimu . Apabila mereka mematuhi hakmu maka mereka memperoleh haknya untuk mendapat makanan dan pakaian secara layak.

Perlakukanlah isteri-isterimu dengan baik dan bersikaplah manis terhadap mereka, kerana mereka adalah pendampingmu dan penolong mu yang setia. Dan adalah hakmu untuk melarang mereka berteman dengan orang-orang yang tidak kamu sukai, dan juga terlarang melakukan perzinaan

Ya, saudara-saudaraku, dengarkanlah baik-baik, sembahlah Allah, Solat Lima kali dalam sehari, laksanakan Puasa selama bulan Ramadhan, dan tunaikanlah Zakat, serta laksanakan ibadah Haji bila mampu. Ketahuilah bahwa sesama Muslim adalah bersaudara. Kamu semua adalah sederajat. Tidak ada Perbedaan satu terhadap yang lain kecuali Ketaqwaan dan Amal Shalih.
Ingatlah,
Suatu hari kamu akan menghadap Allah dan harus mempertanggung jawabkan semua amalanmu. Karena itu berhati-hatilah jangan menyimpang dari jalan kebenaran setelah kepergianku nanti.

Ya, saudara-saudaraku, tidak akan ada Nabi atau Rasul sesudahku dan tidak akan ada agama lain yang lahir. Oleh itu dengarlah baik-baik ya Saudaraku, dan pahamilah kata-kata yang kusampaikan kepadamu, bahwa aku meninggalkan dua pusaka, Al-Qur'an dan contoh-contohku sebagai As-Sunnah dan bila kalian mengikutinya tidak mungkin akan tersesat.

Siapa yang mendengarkan perkataanku ini wajib menyampaikannya kepada Yang lain dan seterusnya dan mungkin yang terakhir memahami kata-kataku ini akan lebih baik dari yang langsung mendengarkan. Demi Allah aku bersaksi bahawa aku telah menyampaikan ajaran-Mu kepada umatku ya Allah.


الْيَوْمَ يَئِسَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ دِينِكُمْ فَلاَ تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِ، الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإِسْلاَمَ دِينًا
Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agama kalian. Oleh karena itu, janganlah kalian takut kepada mereka, tetapi takutlah kalian kepada-Ku.Pada hari ini Aku telah menyempurnakan untuk kalian agama kalian, telah mencukupkan atas kalian nikmat-Ku, dan telah meridhai Islam menjadi agama bagi kalian ( al-Maidah ayat 3).
Tidak lama selepas itu, Baginda pun pergi meninggalkan kita.detik kewafatan nabi, nabi tidak sedikit mengambil tahu keadaan baginda, Cuma ingin tahu apakah yang akan terjadi umatnya. Pemergian baginda merupakan yang sangat jauh..Pemergian yang sangat dirasai. Mungkin kerna kita tidak pernah bertemu baginda, maka kita tidak merasa sekuat itu, tetapi apakah ia satu alas an untuk kita tidak berpegang pada agama Allah? Pada warisan nabi? Pada pengorbanan nabi lakukan, dan usaha para sahabat dalam membawa agama kepada kita, pernahkah kita menghargai? Atau sekurang-kurangnya mengambil peduli? Perjuangan mereka berhadapan dengan pelbagai dugaan, kesakitan, kesedihan. Bapa saudara nabi sendiri tidak beriman, ramai yang syahid di jalan Allah, jiwa dikorbankan demi jihad, segala pengorbanan ini melibatkan kesedihan yang amat tinggi. Namun demi agama Allah, mereka rela. Jadi adakah sedikit kesedihan, sedikit kepayahan, ditinggal sendiri, ditipu, dicerca, patut melemahkan semangat kita dalam perjuangan?
Sedangkan sahabat, yang hidup bersama sama nabi, merasa kekosongan yang dalam jauh di sudut hati mereka. Bukan sekadar sahabat, teman yang baik, tetapi rahmat tuhan yang telah membawa manusia dari kegelapan ke jalan Tuhannya. Sehinggakan Umar al khattab sendiri tidak dapat menerima pemergian nabi. Beliau dgn lantang menyatakan “sesiapa yang menyatakan nabi telah wafat, akan aku pancung kepalanya” sehinggalah beliau ditenangkan Abu bakar. Bilal bin Rabbah selepas kewafatan nabi, tidak lagi melaungkan azan. Sehinggalah cucunda nabi sendiri meminta agar Bilal melaungkan azan, bilal tidak mampu menahan sebak, namun kerana permintaan itu datangnya dari cucunda nabi, maka permintaan itu sangatlah berat untuk ditolak. Apabila bilal melaungkan azan..Allahuakbar2…..Masa seakan terhenti….Tergamam kaku sekalian umat…adakah nabi hidup semula…namun setelah itu mereka sedar bahawa itu Cuma satu memori terhadap nabi. Begitulah rasa sayang sahabat terhadap baginda SAW.
Abu Bakr As Siddiq, ketika Islam dilanda krisis murtad, sahabt meminta supaya Abu Bakr menarik balik tentera kerana Negara sedang bergolak, namun Abu bakr menjawab..walaupun anjing2 telah masuk dan mengerumuni isteri2 nabi, aku tetap tidak dapat menarik semula apa yang aku lihat, pada hayat nabi, nabi mahu mahu melihat ianya terjadi” Betapa mulianya sahabt, walaupun mereka adalah pewaris nabi, dijamin syurga, mendapat keistimewaan, bijaksana, namun Abu Bakr tidak mendustakan langsung perkataan nabi mahupun agama. Kenapa ,sampai pada generasi kita, kita rela mendustai kata2 nabi, malah menggunakan Islam demi kepentingan diri, ego dan tidak dapat menerima teguran, sedangkan ia datang dari kalam nabi SAW.
Daripada Amr bin Salamah katanya: Suatu ketika kami duduk di pintu ‘Abdullah bin Mas’ud sebelum sembahyang Subuh. Apabila dia keluar, kami akan berjalan bersamanya ke masjid. Tiba-tiba datang kepada kami Abu Musa al-Asy’ari, lalu bertanya: “Apakah Abu ‘Abdul Rahman (‘Abdullah bin Mas’ud) telah keluar kepada kamu.” Kami jawab: “Tidak.” Maka dia duduk bersama kami sehingga ‘Abdullah bin Mas’ud keluar.
Apabila dia keluar, kami semua bangun kepadanya.
Lalu Abu Musa al-Asy’ari berkata kepadanya: “Wahai Abu ‘Abdul Rahman (‘Abdullah bin Mas’ud), aku telah melihat di masjid tadi satu perkara yang aku tidak bersetuju, tetapi aku tidak lihat Alhamdulillah melainkan ia baik.”
Dia (‘Abdullah bin Mas’ud) bertanya: “Apakah ia.”
Kata Abu Musa: “Jika umur kamu panjang engkau akan melihatnya. Aku melihat satu puak, mereka duduk di dalam lingkungan (halaqah) menunggu waktu sembahyang. Bagi setiap lingkungan (halaqah) ada seorang lelaki (ketua kumpulan), sementara di tangan mereka yang lain ada anak-anak batu. Apabila lelaki (ketua kumpulan) itu berkata “Takbir (Allahu Akbar) 100 kali” maka mereka pun bertakbir 100 kali. Apabila dia (ketua kumpulan) berkata “Tahlil (Lailahaillallah) 100 kali maka mereka pun bertahlil 100 kali. Apabila dia (ketua kumpulan) berkata “Tasbih (Subhanallah) 100 kali maka mereka pun bertasbih 100 kali.”
Tanya ‘Abdullah bin Mas’ud: “Apa yang telah engkau perkatakan kepada mereka?”
Jawabnya (Abu Musa): “Aku tidak kata kepada mereka apa-apa kerana menanti pandangan dan perintahmu.”
Kata ‘Abdullah bin Mas’ud: “Mengapa engkau tidak menyuruh mereka mengira dosa mereka dan engkau jaminkan bahawa pahala mereka tidak akan hilang sedikitpun?”
Lalu dia (‘Abdullah bin Mas’ud) berjalan dan kami pun berjalan bersamanya. Sehinggalah dia (‘Abdullah bin Mas’ud) tiba kepada salah satu daripada lingkungan (halaqah) berkenaan.
Dia (‘Abdullah bin Mas’ud) berdiri lantas berkata: “Apa yang aku lihat kamu sedang lakukan ini?”
Jawab mereka: “Wahai Abu ‘Abdul Rahman (‘Abdullah bin Mas’ud)! Anak-anak batu yang dengannya kami menghitung Takbir, Tahlil dan Tasbih.”
Jawabnya (‘Abdullah bin Mas’ud): “Hitunglah dosa-dosa kamu, aku jamin pahala-pahala kamu tidak hilang sedikitpun. Celaka kamu wahai umat Muhammad! Alangkah cepat kemusnahan kamu. Para sahabat Nabi masih ramai lagi, baju baginda belum lagi buruk dan bekas makanan dan minuman baginda pun belum lagi pecah. Demi jiwaku berada di tangan-Nya, apakah kamu berada di atas agama yang lebih mendapat petunjuk dari agama Muhammad, atau sebenarnya kamu semua pembuka pintu kesesatan.”
Jawab mereka : “Demi Allah wahai wahai Abu ‘Abdul Rahman (‘Abdullah bin Mas’ud). Kami hanya bertujuan baik.
Jawabnya (‘Abdullah bin Mas’ud) : “Betapa ramai yang bertujuan baik, tetapi tidak mendapatinya.”[40] Hadis riwayat Imam al-Darimi di dalam Sunan al-Darimi, Kitab al-Muqaddimah, hadis no: 206.

Begitulah jujurnya sahabat dalam membawa agama Allah dan kalam Rasul, dan itulah sebaik2 kebaikan . Apakah layak seseorang manusia merasakan bahwa ada perkara yang lebih baik dari nabi, lalu membawa perkara2 baru dalam beragama? Inilah yang ditegur oleh ibn Mas’ud dalamn hadith tadi. Ingatlah bahwa rasa cintakan nabi dan agama, setiap perkara ibadat agama hendaklah diketahui bahawa perkara terbaik dalam beragama adalah dari nabi SAW, dan sekiranya nabi tidak membuatnya, maka itu tidaklah baik dan tidak dari agama,walau sebaik mana niatnya, kerana amal ibadah bukan sahaja bergantung pada niat, tetapi hendaklah ia dari nabi SAW.
Imam Malik bin Anas rahimahullah juga telah menyanggah konsep bidaah hasanah ini. Menurut beliau:
Sesiapa yang membuat bidaah dalam Islam dan menganggapnya baik (hasanah) maka dia telah mendakwa Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam mengkhianati risalah. Ini kerana Allah telah berfirman:
Pada hari ini aku telah sempurnakan agama kamu.[14] al-Maaidah (5) : 3


Apa yang pada hari tersebut bukan sebahagian dari agama, maka ia tidak menjadi sebahagian dari agama pada hari ini.[15] [16].

Sekian
Saya bermohon ampun kepada Allah atas segala kesilapan, yang lemah semuanya dari saya dan yang hebat semuanya milik Allah.

No comments:

Post a Comment