Tuesday, January 12, 2010

Jika aku jatuh hati

Ya Allah,
Jika aku Jatuh Cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yg melabuhkan cintanya padamu
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintai mu
Ya muhaimin,
jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyantuh hati seseorang yg hatinya bertaut padamu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu,
Ya Rabbana,
Jika aku jatuh Hati,
Jagalah Hatiku Padanya agar tidak berpaling daripada hatimu
Ya Rabbul Izzati,
Jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yg merindukan syahid di jalan mu
Ya Allah,
Jika aku menikmati cinta kekasihmu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya,
bermunajat di sepertiga malam terakhirmu,
Ya Allah,
Jika aku jatuh hati pada kekasihmu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan menyeru manusia kepadamu,
Ya Allah,
Jika kau menghalalkan aku merindui kekasihmu,
Jangan biarkan aku melampaui batas,
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya padamu
Amin Ya Rabbal Alamin
semoga kita bersama-sama menenpuhi kejayaan di dunia dan akhirat..
berjaya menempuhi sgala dugaan dan cabaran yg menguji iman
kerana tapak iman itulah yg menemukan cinta yg selama ini telah hilang
SEMOGA CINTA YANG DICARI TELAH DITEMUI..

No comments:

Post a Comment