Saturday, November 26, 2011

Perjuangan Gerakan Selempang Merah (GSM)


Gerakan Selendang Merah dilahirkan oleh Pertubuhan Seni Silat Kuntau Selendang Merah Malaysia. Selendang Merah bukan suatu perkara sebutan yg baru bagi masyarakat melayu. Ianya telah diilhamkan oleh seorang pahlawan melayu sekitar tahun 1945 dalam menentang kezaliman komunis di bumi Melayu. Kini ianya dibangkitkan kembali dibawah bimbingan Tok Ayah, Datuk Hj Baharom bin Hj Kamari yg membawa wadah perjuangan yg baru. Tujuan GSM diwujudkan adalah untuk membantu dalam usaha memperkasa jatidiri Melayu dan menyedarkan bangsa Melayu akan perjuangan yg tak pernah selesai. Mungkin ramai dikalangan kita terkeliru, sama ada GSM ini merupakan sebuah pertubuhan "Tiga Line" atau sebagainya.
TIDAK.......GSM bukan sebuah pertubuhan yg menjalankan aktiviti gansterism atau sebagainya yg terlarang teruatamanya dalam syariat islam. GSM ini terbina berdasarkan 5 prinsip iaitu 
1. Memperkasa ilmu Jatidiri Melayu melalui latihan Seni Silat Kuntau Selendang Merah,
2. Memperkasa ekonomi Melayu melalui usaha dalam bidang perniagaan kecil-kecilan hinggalah      besar-besaran. 
3. Memperkasa Persaudaraan merangkumi aspek keselamatan diri, keluarga dan ahli-ahli. 
4. Memperkasa usaha Dakwah sebagai penyambung usaha Nabi Muhammad saw dan 
5. Memperkasa aktiviti berkumpulan atau berjemaah. 
Kita mungkin serupa tetapi pengisiannya amat berbeza.Setiap ahli jemaah wajib berbaiah, ianya merupakan peringatan kembali ikatan kesetiaan kepada Agama Allah, Bangsa Melayu dan Bumi Melayu. Baiah ini dilafazkan oleh ahli-ahli didepan Guru Utama (Tok Ayah) atau wakil yg dilantik disaksikan oleh jemaah yg hadir. Baiah ini juga sebagai peringatan kepada ahli-ahli agar tidak belot pada agama, bangsa dan negaranya sendiri. Contohnya penglibatan remaja dalam kes ragut umpanya menunjukkan kurangnya jatidiri dalam diri seseorang sehingga mudah terpengaruh dengan kerja kotor tersebut. Yang sedihnya ibubapalah yg dipersalahkan. Ini lah yg dikatakan harapkan pagar, pagar makan padi. Harapkan anak menjadi tempat bergantung ketika tua tetapi menyusahkan dan sebaliknya.Kesimpulannya semoga dengan penerangan yg mudah ini dapat memperbaiki tanggapan sesetengah pihak dimana GSM cuba disalah ertikan. Seperti yg dikatakan KITA MUNGKIN SERUPA TETAPI ISI KITA BERBEZA. Selamat berjuang bersama GSM.....

No comments:

Post a Comment